NADI Cybersecurity: Webinar Dari Serangan Siber Ke Pemulihan
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 10 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Dari Serangan Siber Ke Pemulihan yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang telah menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Tujuan webinar seperti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami keseluruhan proses menangani serangan siber dan bagaimana menganalisis kesan serangan secara professional. Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam sesi tersebut adalah cara pengurusan insiden siber, teknik OSINT, pencarian data sensitive, serta aspek forensic digital seperti hashing dan analisis bukti.
Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: