NADI Cybersecurity: Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam

25 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 24 Oktober 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Quop telah menyertai Program NADI X Cybersecurity iaitu Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi zoom-meeting. Seramai tiga orang peserta yang telah menyertai program webinar ini yang dijalankan selama satu jam tiga puluh minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Webinar kali ini membawa peserta ke tahap pemahaman yang lebih mendalam mengenai ancaman siber yang berlaku di tempat awam. Penekanan utama adalah pada teknik Card Cloning dan penggunaan Tracker Gadget oleh penjenayah siber untuk mencuri data peribadi dan maklumat kewangan tanpa disedari.

Webinar kali ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih mendalam, praktikal, dan bersifat pencegahan, supaya peserta dapat melindungi diri daripada ancaman card cloning dan tracker gadget di sekeliling mereka.

Kami warga NADI berharap agar apa yang disampaikan di dalam webinar tersebut dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali